BLOGGER TEMPLATES AND MySpace 1.0 Layouts »

Saturday, July 24, 2010

Mahkamah Tuntutan Kecil

BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT TUNTUTAN KECIL DI MAHKAMAH

(Prosidur Tuntutan Kecil) Mahkamah Majistret

o Mahkamah Tuntutan Kecil diwujudkan bertujuan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai untuk membuat tuntutan yang berupa hutang, perkhidmatan dan lain-lain di mana jumlah tuntutan ialah tidak melebihi RM5,000.00.
o Mahkamah ini diwujudkan bagi membicara kes di mana hanya pihak menuntut dan pihak kena tuntut sahaja yang terlibat tanpa menggunakan peguam, mengurangkan kos perbicaraan.

Apakah Perkara-Perkara Yang Boleh Dituntut

1. Mendapatkan kembali hutang }
2. Tuntutan barangan melibatkan nilai }
Wang tidak lebih RM5,000.00 } Jumlah nilai
3. Upah sesuatu perkhidmatan yang tak dibayar } tuntutan tidak
4. Sewa menyewa } tidak melebihi
5. Tuntutan atas barangan yang rosak. } RM5,000
6. Tuntutan persembahan yang tidak dilaksanakan }


Di Mana Tuntutan Perlu Dibuat
Tuntutan (saman) ini boleh dibuat di mana-mana Mahkamah Majistret yang berhampiran.
Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret dibuka pada waktu pejabat.


Bagaimana Anda Hendak Memulakan Saman
Anda perlu mendapatkan Borang 164 yang telah disediakan di Mahkamah dan mengisi borang tersebut mengikut mana-mana bersesuaian.
Terdapat beberapa jenis borang yang mempunyai tujuan masing-masing yang akan digunakan selepas penghakiman diperolehi.
Bagi memulakan saman anda dikehendaki mengisi Borang 164 dalam 4 salinan menyatakan amaun dan butir-butir tuntutan.
Tandatangan di borang tersebut atau cap jari.


Kehadiran Ke Mahkamah Pada Tarikh Yang Ditetapkan
Apabila peringkat di atas telah selesai anda dikehendaki hadir ke Mahkamah pada tarikh yang ditetapkan oleh Mahkamah.
Sekira defendan hadir dan menafikan tuntutan maka Mahkamah akan tetapkan satu tarikh untuk bicara. Sekira defendan hadir dan bersetuju dengan tuntutan maka Mahkamah akan memberi penghakiman kepada plaintif dan mengarahkan defendan membayar sama ada di Mahkamah ataupun pada tarikh yang disetujui oleh kedua pihak.
Sekira defendan tidak hadir maka anda kenalah membuktikan kepada Mahkamah bahawa anda telah menyerahkan saman sama ada melalui penyerahan sendiri atau pun melalui pos. Selepas itu anda berhak memohon Penghakiman Ingkar (tampa kehadiran defendan).
Sekiranya anda tidak hadir tanpa sebab dan defendan hadir maka saman anda boleh dibatalkan oleh Mahkamah.


Perkara Lain Yang Boleh Dituntut
Selain dari penghakiman anda juga boleh menuntut kos iaitu perbelanjaan yang boleh anda lakukan tidak melebihi RM100.00 dari defendan.


Peguam
Kedua-dua ihak di dalam kes tuntutan kecil tidak dibenarkan menggunakan khidmat peguam dan perbicaraan adalah di antara pihak-pihak.

Majistret
Orang yang akan membicarakan kes anda. Majistret akan memastikan bahawa pihak-pihak mengemukakan bukti-bukti bagi menyokong kes masing-masing mengikut peruntukan undang-undang . Pihak-pihak yang terlibat akan dibantu oleh Majistret di dalam perbicaraan.

Jurubahasa Mahkamah
Jika anda tidak memahami Bahasa Malaysia dengan baik anda perlu memberitahu Mahkamah sekiranya anda memerlukan bantuan jurubahasa sama ada Cina, India atau bahasa-bahasa lain.

Perhatian:
RISALAH INI DIKELUARKAN SEBAGAI PANDUAN DAN UNTUK MAKLUMAN SAHAJA. IA TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN RUJUKAN ATAU KETERANGAN DI MAHKAMAH.



ARAHAN KEPADA PLAINTIF:

1. Plaintif mestilah mengisikan namanya dengan penuh dan nombor kad pengenalannya dalam bahagian pertama. Jika plaintif adalah suatu syarikat atau firma, nama penuh syarikat atau firma itu hendaklah dinyatakan.

2. Dalam bahagian kedua plaintif mestilah mengisikan nama defendan dengan penuh dan alamatnya yang terakhir diketahui.

3. Dalam bahagian ketiga plaintif mestilah menyatakan amaun tepat yang dituntut. Amaun yang dituntut itu tidaklah boleh melebihi RM5,000,000. Jika amaun itu melebihi RM5,000.00 maka tuntutan itu hendaklah difailkan di Mahkamah Majistret Kelas Satu dan tidaklah boleh dibuat dalalm borang ini.

4. Dalam bahagian yang sama, plaintif mestilah menyatakan butir-butir tuntutannya. Butir-butir itu mestilah menyatakan tarikh relevan dan bagaimana tuntutan itu telah berbangkit atau apakah asas tuntutan itu.

5. Setelah mengisi butir-butir, plaintif mestilah menandatangani borang secara sendiri. Jika plaintif adalah suatu syarikat, borang mestilah ditandatangani oleh seorang pegawai syarikat itu yang diberikuasa dengan sempurnanya untuk bebuat demikian. Jika ia adalah suatu perkongsian, maka ia bolehlah ditandatangani oleh seorang daripada pekongsi.

6. Setelah menyiapkan borang, plaintif mestilah memfailkan borang dalalm 4 salinan di Pejabat Pendaftaran bagi Mahkamah Majistret Kelas Dua. Dia mestilah membayar fee pemfailan sebanyak RM10.00 . Pejabat Pendaftaran akan meletakkan meterai Mahkamah ke atas 4 salinan borang itu dan mengisikan tarikh pendengaran. Satu salinan borang akan dikembalikan kepada plaintif.

7. Kamu boleh berunding dengan peguam tetapi tidak boleh diwakili oleh peguam di pendengaran itu.


ARAHAN-ARAHAN KEPADA DEFENDAN:

1. Apabila kamu menerima borang ini yang dimeteraikan dengan meterai Mahkamah, kamu adalah didakwa oleh plaintif.

2. Jika kamu mempertikaikan tuntutan itu kamu mestilah menyatakan pembelaan anda, dengan butir-butir, dalam Borang 165.

3. Kamu mestilah memfailkan pernyataan pembelaan kamu di Pejabat Pendaftaran Mahkamah.

4. Jika kamu gagal memfailkan pembelaan kamu dalam masa yang ditetapkan atau jika kamu gagal hadir di Mahkamah pada tarikh pendengaran, maka Mahkamah akan memberikan penghakiman untuk plaintif berserta dengan kos.

5. Kamu boleh berunding dengan peguam tetapi tidak boleh diwakili oleh peguam di pendengaran itu.


Cara Mengisi Borang Saman (Borang 164)
Di bawah ini ditunjukkan cara Borang 164 diisi. Terdapat juga penjelasan bagi perkataan yang belum anda ketahui.


PLAINTIF (Borang ini diberi dengan percuma)
. Anda adalah plaintif(individu orang yang membuat No. 164 A.54.k 3
tuntutan). Tulis nama penuh anda dan alamat. SAMAN
. Jika anda berumur di bawah 18 tahun, anda kena DI MAHKAMAH MAJISTRET
melantik seseorang yang cukup umur untuk bertindak (PROSIDUR TUNTUTAN KECIL)
bagi pihak anda. Nama wakil anda diletakkan di hadapan DI…………………
nama anda. DI NEGERI…………………. MALAYSIA

KES NO…………………………….
DEFENDAN
. Orang yang kena tuntut. Nama Plaintif: No.KPPN.:
. Berikan nama penuh dan alamt penuh. Alamat:

PENYATAAN TUNTUTAN
. Jumlah wang yang anda ingin tuntut. Nama Defendan: No.KPPN.:
. Butir-butir tuntutan anda seperti tarikh,transaksi, nilai Alamat:
transaksi,pendapat atau lain-lain fakta mengikut kesesuaian
kes anda. Anda juga boleh memohon kos dan faedah Penyata Tuntutan

Tuntutan plaintif ialah untuk sejumlah wang sebanyak
RM……………………..
Butir-butir:

TANDATANGAN/CAP JARI {…………………. …………………………..
Tarikh Tandatangan/CapIbu jari kanan
. Anda dikehendaki tandatangan saman ini atau cap jari
dan juga tarikh. * {…………………… …………………………..
Tarikh pemfailan Majistret

KEGUNAAN PEJABAT PERINTAH KEPADA DEFENDAN:

*Bahagian ini adalah untuk kegunaan Mahkamah 1. Jika kamu mempertikaikan tuntutan plaintif, kamu
Mestilah memfailkan pernyataan pembelaan kamu dalam
borang 165 pada atau sebelum…………………..

2. Kamu mestilah hadir di Mahkamah ini pada tarikh
perbicaraan dan pada masa yang ditunjukkan di bawah
ini jika kamu tidak bersetuju dengan tuntutan plaintif.

3. Bawa semua saksi, buku-buku dan lain-lain kertas
dengan kamu untuk menyokong kes kamu

*{TARIKH PERBICARAAN……………………MASA…………..

…………………. ………………………
Tarikh pemfailan Majistret


(METERAI)

sumber MAHKAMAH MALAYSIA

0 comments: