BLOGGER TEMPLATES AND MySpace 1.0 Layouts »

Thursday, July 8, 2010

Tukar jantina kerana hutang

WEST MIDLANDS (England): Gara-gara terdesak kerana dibebani hutang sehingga lebih RM248,000, seorang lelaki menjalani pembedahan menukar jantina untuk mengelak diburu pemiutang.

Tindakan nekad lelaki tidak didedahkan identiti itu didedahkan aktres Britain, Sarah Thom, selepas dia berbual dengan pekerja Kesatuan Kredit Wolverhampton dalam usahanya mendalami watak sebagai pencuci yang dibelenggu hutang.
Sarah dijadual muncul dalam drama Forever in Your Debt.
Kata Sarah, dia mendapat beberapa maklumat daripada agensi penasihat kewangan dan pinjaman itu.
Kata Sarah, lelaki terbabit dipercayai selesai menjalani pembedahan menukar jantinanya dan dalam proses membayar semula hutangnya beransur-ansur.
“Lelaki itu papa kerana terikat dengan pinjaman dan bayaran kad kredit selepas menganggur,” katanya. – Agensi

-hmetro

0 comments: