BLOGGER TEMPLATES AND MySpace 1.0 Layouts »

Saturday, May 8, 2010

Facebook mudah jadi jerat kes tipu



Pengguna jangan dedah maklumat diri, elak terpedaya kenalan siber

LAMAN web sosial sepatutnya bermatlamat menambah kenalan di samping mudah berhubung serta menghimpunkan sahabat yang dipisahkan oleh kedudukan geografi. Namun, pelbagai salah faham serta kejadian buruk membabitkan laman sosial itu terutama Facebook sejak kebelakangan ini sedikit sebanyak mencalarkan kredibilitinya sebagai wadah penghubung nombor satu dunia.
Penipuan, tohmahan dan kata-kata hasutan bertujuan menggugat ketenteraan awam, skandal seks dan perbuatan menjatuhkan imej seseorang antara isi kandungan Facebook yang perlu diberi perhatian dan dinilai semula.
Pelayar setia laman web itu yang juga seorang pelajar, Syafika Mohd Ghazi, 20, mengaku taksub dengan Facebook sehingga kerugian kira-kira RM2,000 akibat ditipu kenalan laman web sosial.

“Saya terbaca pengumuman seorang kenalan menawarkan kamera profesional dengan harga sangat murah. Tertarik dengan sebut harga ditawarkan, saya menghubunginya menyatakan minat untuk membeli.

“Namun, seminggu selepas membayar menerusi akaun, kamera berkenaan masih tidak nampak bayang. Saya cuba menghubunginya bagi maklumat lanjut tetapi malang, bukan saja nombor telefon diberikan tidak wujud, malah akaun Facebooknya juga sudah ditutup,” katanya yang menggunakan sebahagian wang simpanan bekerja separuh masa semata-mata mendapatkan kamera berkenaan.

Syafika berkata, kejadian yang berlaku kira-kira lima bulan lalu membuatkan beliau serik membuat pembelian menerusi laman web, selain sukar menaruh kepercayaan kepada sebarang pengumuman dibuat melalui laman itu.
“Sepatutnya kejadian ditipu tidak berlaku kerana orang terbabit ialah ahli kelab fotografi Facebook. Difahamkan, majoriti ahlinya mempunyai ikatan persahabatan kukuh kerana dijalin atas dasar kepercayaan juga berkongsi hobi sama. Tidak sangka pula ada yang mengambil kesempatan memperdayakan orang lain,” katanya yang enggan membuat laporan polis kerana menganggap perkara itu berlaku atas kecuaian peribadi.

Penulis, Mohd Faisal Md Noor, 25, dihujani pelbagai panggilan yang menawarkan pakej pinjaman wang serta pelancongan selepas menghantar resume jawatan wartawan dan pembaca berita TV3 seperti diiklankan di laman Facebook.
Mohd Faisal berkata, pada mulanya beliau musykil kerana resume itu perlu dihantar ke e-mel peribadi, namun dia mengambil keputusan mencuba kerana menyukai bidang kerjaya ditawarkan.

“Selepas tiga hari mengirim resume, saya menerima beberapa panggilan daripada syarikat kewangan. Tidak sedap hati, saya membaca semula iklan jawatan kosong berkenaan namun terkejut dengan komen susulan ditulis bekas kakitangan syarikat televisyen itu menyatakan pihak TV3 tidak pernah menggunakan e-mel peribadi dalam sebarang urusan syarikat.

“Saya syak ada sindiket cuba menjual maklumat peribadi kepada syarikat tertentu dan Facebook antara cara paling mudah, pantas dan berkesan,” ujarnya menceritakan pengalaman diperdaya melalui Facebook dua minggu lalu.

Seorang kakitangan universiti tempatan, Noor Eszreen Juferi, 29, menghadapi dilema melayan mesej atau salam perkenalan daripada individu tidak dikenali selepas berbelas pesanan lucah dihantar ke kotak mesejnya.

“Saya tidak sangka seorang kenalan di Facebook tergamak mengeluarkan kata-kata lucah serta menawarkan perkhidmatan seks percuma kepada saya. Saya akui tidak berapa mengenalinya tetapi sudi berkenalan atas dasar percaya, ditambah individu terbabit turut tersenarai antara barisan kenalan kawan lama saya,” katanya.

Noor Eszreen berkata, biarpun nama lelaki itu sudah dibuang daripada senarai kenalannya, beliau berterusan diganggu. Bahkan, bagi mengelak dikenal pasti, lelaki itu cuba berkomunikasi dengannya menggunakan akaun yang didaftarkan dengan pelbagai nama.

“Selepas memutuskan persahabatan, bertalu-talu mesej perkenalan singgah di Facebook saya. Sungguhpun, menggunakan nama berbeza saya dapat mengecamnya melalui gambar dan lenggok bahasanya. Mujur saya tidak sempat bertukar nombor telefon dengannya, kalau tidak tentu lebih teruk saya diganggu.

“Justeru, saya nasihatkan pengguna Facebook lebih berhati-hati meletakkan butiran peribadi dalam akaun mereka. Begitu juga ketika menyambut salam perkenalan, jangan mudah percayakan gambar dan maklumat diri disertakan kerana semua itu boleh dipalsukan,” katanya.

Mengenai kemunculan awal Facebook, Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Syed Agil Alsagoff, berkata laman web sosial berkenaan diilhamkan McLuhan sekitar 1970 bertujuan mendekatkan talian persahabatan yang dipisahkan jarak tempat.

Begitupun, pada hari ini, Facebook tidak dilihat memberi manfaat sebaliknya dianggap mengancam keselamatan awam. Kenyataan ini dibuat berpandukan beberapa kejadian buruk akhir-akhir ini membabitkan sensitiviti kaum, pencerobohan hak asasi dan ancaman keselamatan negara.

Syed Agil berkata, peralihan fungsi Facebook daripada laman interaktif mengerat dan membina persahabatan baru kepada luahan perasaan serta pandangan peribadi mungkin menjadi penyebab utama kepincangan sosial berlaku.

“Facebook kini boleh disamakan dengan diari siber yang bukan saja mengutarakan luahan perasaan tetapi medan menarik sokongan serta perhatian umum menerusi paparan tulisan. Seperti media berfungsi sebagai ejen pemberi maklumat, Facebook juga boleh mempengaruhi fikiran awam melalui ideologi diterapkan,” katanya.

Meskipun belum mampu menandingi kredibiliti media perdana, Facebook berjaya mengumpul populariti berasaskan hak kebebasan bersuara ditawarkan.

“Facebook menjadi simbol pemangkin mempercepatkan lagi kebebasan bersuara. Sebarang isu dan topik boleh dibangkitkan tetapi menjadi tanggungjawab khalayak pengguna untuk menilai, menyaring seterusnya menentukan maklumat diterima baik atau sebaliknya,” katanya sambil menambah pengaruh Facebook semakin popular berikutan syarikat telekomunikasi dan pengeluar telefon bimbit memuatkan aplikasi itu sebagai daya tarikan utama produk mereka.

“Disebabkan kandungan Facebook bersifat santai, ramai yang leka serta mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga. Masa lapang yang sepatutnya dikhaskan bagi aktiviti keluarga tidak dimanfaatkan, sebaliknya baik suami mahupun isteri leka melayan sahabat alam maya itu,” katanya.

Gaya bahasa santai di samping isu ringan menjadi topik perbualan mungkin faktor utama Facebook tersenarai laman web paling kerap dilayari sehingga ada yang mengabaikan keselamatan diri serta keluarga.

Justeru, pengguna laman interaktif yang ada ketika ini termasuk Twitter, MySpace dan Friendster dinasihatkan tidak terlalu mendedahkan maklumat peribadi, bijak menyaring isi kandungan baik dan buruk, selain jangan mudah terpengaruh dengan sebarang kenyataan dan iklan yang disiarkan di laman itu.

Oleh Bennie Zie Fauzi
bennie@bharian.com.my
2010/04/18

sumber www.bharian.com.my

Friday, May 7, 2010

JADI PENJAMIN?AWAS!!

Sebagai penjamin anda berhak untuk;

1.Mendapat salinan surat jaminan atau kontrak jaminan dan sebarang dokumen lain yang berkaitan dengan transaksi pinjaman tersebut

2.Mendapat khidmat nasihat daripada peguam anda sebelum menandatangani kontrak jaminan. (Namun demikian, fi guaman adalah di atas tanggungan sendiri)

3.Mendapat maklumat mengenai baki tertunggak akaun peminjam dengan institusi kewangan tersebut tertakluk kepada keizinan peminjam

4.Meminta peminjam membuat pembayaran bagi melepaskan liabiliti anda sebagai penjamin.

5.Mendapat bayaran ganti daripada peminjam bagi sebarang pembayaran yang telah dibuat oleh anda kepada institusi berkenaan.

Perkara penting sebelum anda jadi penjamin;

1.Memahami sifat jaminan tersebut. Seseorang bakal penjamin dinasihatkan agar tidak menandatangani dokumen yang belum dibacanya atau menandatangani dokumen kosong atau borang yang tidak lengkap. Seseorang yang menandatangani dokumen seperti ini sukar untuk mendapat pembelaan di sisi undang-undang jika dicabar di mahkamah

2. Dapatkan khidmat nasihat profesional/ guaman mengenai implikasi undang-undang sebelum menandatangani jaminan tersebut

3.Semak dan pastikan bahawa jaminan tersebut adalah tertakluk kepada undang-undang yang terdapat di Malaysia

4.Berwaspada sebelum menyerahkan salinan kad pengenalan atau pasport kepada orang selain daripada institusi kewangan atau peguam-peguam yang bertindak bagi pihak anda

Untuk maklumat lanjut tentang hak dan liabiliti penjamin, sila muat turun buku panduan

KOMEN ANDA DISINI

Apa kata anda tentang orang yang telah menipu anda sakit hati,marah,rasa nak lempang,geram atau sebagainya?








Tuesday, May 4, 2010

Dosa tak diampun jika lengah bayar hutang

KONSEP berhutang menurut perspektif Islam ialah memberikan sesuatu kepada seseorang dengan perjanjian bahawa orang yang diberi pinjam itu akan membayar dengan kadar sama.

Amalan berhutang kini menjadi persoalan biasa di kalangan masyarakat Islam. Sama ada ia atas nama pembiayaan peribadi, pelajaran, kereta, pemilikan kad kredit dan pelbagai skim ditawarkan syarikat perbankan, rata-rata ia memberi maksud hutang. Malah, kewujudan ‘Ah Long’ juga adalah mata rantai kepada urusan pinjaman dan hutang.

Persoalan hutang dan pinjam meminjam adalah antara perbahasan yang berada dalam ruang lingkup perspektif Islam dan ia terikat dengan hukum ditetapkan syarak. Ianya dibahas dan dikupas oleh sarjana Islam dalam kitab fiqh menerusi keterangan yang ada dalam ayat al-Quran dan Hadis Nabawiyah.

Firman Allah S.W.T bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermuamalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menulisnya" (Surah al-Baqarah ayat 282).

Dalam ayat sama Allah melanjutkan FirmanNya bermaksud "Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan benar, dan janganlah penulis enggan menulisnya sebagaimana yang telah diajarkan oleh Allah, maka hendaklah ia menulis dan orang yang berhutang itu mengimlakkan (menyebutkan) mengenai apa yang ditulis itu dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah dan jangan ia mengurangi sedikitpun daripada hutangnya.

Jika berhutang itu orang lemah akalnya atau lemah keadaan dirinya atau dia sendiri tidak mampu mengimlakkan, maka hendaklah walinya (penjaga) mengimlakkan butiran hutang itu dengan jujur. Persaksikanlah (urusan penulisan hutang itu) dengan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu, jika tidak ada dua orang lelaki, maka boleh dengan seorang saksi lelaki dan dua orang perempuan sebagai saksi yang kamu redhai supaya jika salah seorang lupa (butiran hutang piutang), maka seorang lagi boleh mengingatkannya"

Ayat ini menjelaskan bahawa Islam membenarkan amalan berhutang dengan pelbagai syarat dan peraturan supaya kezaliman di antara manusia tidak berlaku dan urusan pinjaman berlaku secara adil dan reda meredai.

Secara dasarnya Islam membolehkan kepada seseorang untuk berhutang atas faktor yang memaksa seperti masalah kesempitan hidup. Namun begitu, perlu diperjelaskan di sini bahawa bebanan bakal diterima si penghutang adalah berat, terutama jika hutang tidak dibayar. Lebih berat jika dia meninggal dunia dalam keadaan hutang tidak dilangsaikan.

Kepada si pemberi hutang, sebenarnya kesudian memberi pinjam kepada orang lain adalah digalakkan terutama kepada mereka yang berkemampuan dan berpendapatan tinggi. Orang yang memberi hutang termasuk dalam golongan mereka yang berhati mulia. Mereka memberi pertolongan kepada golongan yang memerlukan dan mereka akan diberi pahala daripada Allah. FirmanNya yang bermaksud : "Dan bertolong-tolonglah kamu atas tujuan kebaikan dan janganlah kamu tolong-menolong dalam perkara dosa dan permusuhan" (Surah al-Maidah ayat 2).

Ia diperkuatkan lagi dengan sabda Rasulullah bermaksud: “Barang siapa melapangkan dari orang mukmin kedukaan dunia, nescaya Allah akan melapangkan dia dari satu kedukaan pada hari kiamat, dan barang siapa memudahkan atas orang yang susah, nescaya Allah akan memudahkan atasnya dalam urusan dunia dan akhirat” (riwayat Muslim).

Ketika menjelaskan hadis ini, Imam al-Nawawi dalam kitabnya Hadis 40 menyebut secara jelas satu contoh menarik iaitu mengenai adab berhutang. Beliau menyebut kemudahan kepada orang yang susah atau yang sempit jika dalam urusan hutang ialah memberi tempoh sewajarnya untuk pembayaran hutang selepas orang yang berhutang itu tidak berkemampuan membayarnya, malah lebih mulia lagi jika hutang itu digugurkan atau diberi beberapa kemudahan lain untuk menjelaskan hutang itu.

Rasulullah juga bersabda seperti yang diriwayatkan Ibn. Mas'ud: “Seseorang Muslim yang memberi hutang kepada seorang Muslim sebanyak dua kali, seolah-olah dia bersedekah kepadanya satu kali".


Perkara zalim dalam urusan hutang piutang mesti dielakkan dan dijauhkan seperti mengenakan riba', faedah dan bunga yang tinggi kerana ia ternyata membebankan si penghutang. Lebih parah dengan kadar bunga yang terlalu tinggi menyebabkan berlaku nilai bunga yang sepatutnya dibayar semula jauh lebih tinggi daripada kadar wang dipinjam. Ia ternyata penganiayaan kepada manusia lemah dan tidak berkemampuan.

Kepada orang berhutang pula, sebaik-baiknya berusaha dengan tangan sendiri sebelum mengambil keputusan meminta-minta atau berhutang dengan orang lain. Orang yang suka berhutang seolah-olah menafikan kebolehan yang ada pada dirinya untuk berusaha sendiri mencari rezeki keperluan hidup.

Sebaik-baiknya cubalah elakkan diri daripada berhutang. Namun, apabila keadaan terlalu mendesak dan tiada jalan lain untuk memperoleh wang, maka di sinilah Islam membenarkan amalan berhutang.

Apabila sudah mula meminjam, aturkan jadual pembayaran hutang secara berterusan dan konsisten mengikut jadual serta menepati syarat perjanjian supaya tidak menimbulkan masalah pada kemudian hari. Cuba elakkan daripada mengambil kesempatan melambat-lambatkan pembayaran hutang kerana ia bukan sahaja menyusahkan diri sendiri malah kepada orang yang memberi hutang.

Ada beberapa ingatan daripada Rasulullah kepada mereka yang berhutang, sama ada yang suka berhutang, melambat-lambatkan pembayaran hutang atau mereka yang tidak melangsaikan hutangnya.

Rasulullah turut memberi ingatan bahawa jika seseorang itu meninggal dunia, sedangkan dia masih berhutang, dosanya tidak akan diampunkan walaupun dia mati syahid dalam peperangan.

Seseorang yang berhutang hendaklah berikhtiar dan berusaha membayar hutang yang dipinjamnya kerana hutang itu wajib dibayar. Tindakan menunda atau melewatkan pembayaran hutang dilarang kerana itu satu kezaliman. Rasulullah bersabda yang maksudnya "penundaan hutang bagi mereka yang mampu adalah satu kezaliman".

Sementara itu, sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat Melayu ketika menurunkan jenazah dari atas rumah menuju ke tanah perkuburan, waris si mati akan mengumumkan kepada orang yang hadir supaya menuntut mana-mana hutang yang ditinggalkan si mati.

Berkaitan hutang juga, roh si mati hanya akan bebas selepas segala hutangnya dijelaskan oleh warisnya atau sesiapa yang sanggup mengambil alih untuk menjelaskan hutangnya itu seperti orang perseorangan mahupun baitulmal.

sumber: http://www.bharian.com.my/m/B...

Hutang Piutang Dalam Islam

KHUTBAH JUMAAT
7 Julai 2006
OLEH: Ustaz Hj Mohd Zakuan Hj Tak

Tajuk : Hutang Piutang Dalam Islam

Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan sidang jumaat yang dirahmati sekalian, supaya sama-sama mempertingkatkan ketaqwaan masing-masing, yakni bersungguh-sungguhlah melakukan segala yang diperintah Allah dan meninggalkan segala yang ditegah Tuhan. Mudah mudahan kehidupan kita berbahagia di dunia dan sejahtera di akhirat.

Bersempena dihari yang mulia ini, marilah kita memperkatakan satu tajuk yang jarang-jarang kita perkatakan, jarang kita sentuh, kerana takut sentuhan itu terkena keatas diri kita sendiri. Tetapi ianya perlu diperkatakan, kerana isu ini mempunyai hubungan rapat dengan kehidupan seharian kita. iaitu mengenai hutang piutang dalam Islam.

Sidang jumaat yang dirahmati sekalian,

Sebagaimana yang sama-sama kita sedia maklum, bahawa setiap orang yang hidup bermasyarakat diatas dunia ini adalah tidak terlepas daripada hutang piutang, semada kita yang berhutang atau kita yang memberi hutang kepada orang lain. Kita berhutang biasanya kerana keadaan telah memaksa dan kita memberi hutang pula ialah kerana kita bertimbang rasa atas penderitaan orang lain, lebih lebih lagi kepada saudara seagama dan sebangsa, kerana sepertimana firman Allah SWT. yang berbunyi:

“Hendaklah kamu bertolong tolongan atas kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu bertolongan diatas dosa dan permusuhan “….Al-Maidah a:2

Begitu juga dengan sabda Rasulullah SAW :

"Allah sentiasa menolong hambanya, selama hamba itu menulung saudaranya”.

Dari maksud ayat al-quran dan hadis tersebut, sudah jelas bahawa konsep bermasyarakat dalam Islam hendaklah sentiasa tolong menolong diantara satu sama lain, bahkan menjadi kesalahan dan berdosa, sekiranya kita tidak mengambil berat dalam memberikan pertolongan kepada orang yang memerlukan, apatah lagi orang yang memperlukan itu adalah dari kaum kerabat, atau darah daging kita sendiri. Ini biasa terjadi dimana adik beradik yang susah dikampung cuba memohon pinjaman kewangan dari saudara yang berada dikota. tetapi kita tidak membantu mereka dengan memberi alasan yang direka reka, alasan wang kita tiada, sedangkan hakikatnya kita berada. Bantuan yang diminta bukan seberapa, tetapi kerana kita tamakkan harta, hingga sanggup berdusta, menyebabkan adik beradik yang susah kita lupa. Mereka kecewa dengan sikap kita. Ada adik beradik yang berada, tetapi tidak boleh dibawa bicara, apalagi untuk meminjam dan berhutang sebulan dua. Allah memberi peringatan kepada manusia sepertimana yang dijelaskan pada akhir surah al-ma’un ayat 7 yang berbunyi :

“Bahawa orang yang termasuk dalam kecelakaan atau neraka wail ialah orang yang enggan memberikan pertolongan kepada orang yang berhak mendapatnya”.

Tetapi apa yang mendukacitakan kita sebagai umat Islam hari ini, dimana hutang piutang yang diharuskan oleh Islam didalam kehidupan manusia hari ini, telah menjadi masalah besar pula dalam masyarkat kita, Orang kita rupanya lebih senang berhutang daripada membayarnya. Gulungan peniaga kedai runcit sering menjadi mangsa, lantaran ramai yang berhutang tetapi liat sekali melangsaikannya. Sebelum berhutang dengan wajah sedih minta disimpati, menceritakan penderitaan yang ditanggungi penuh emosi sekali, ditimpa musibah kanan dan kiri, dan akan berjanji akan membayar hutang pada masa yang dijanji. Namun setelah pinjaman diperolehi, janji tidak dikotai lagi, malah sering menghilangkan diri, Akhirnya keretakan perpisahan mereka pun berlaku, sudah tidak bertegur sapa walaupun berselisih bahu. Dulunya intimnya seperti isu dengan kuku, sekarang renggang dan yang bersaudara pula putus berpatah arang. Maka peminjam wang sepertii ini adalah dihukumkan berdosa kerana ada niat untuk tidak membayar ataupun melupakan hutang tersebut. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud:

“ Barang siapa berhutang sesuatu kepada seorang dan berniat akan membayarnya, maka Alah akan tunaikan niat, tetapi barang siapa mengambilnya dengan niat tidak mahu membayar maka Allah akan membinasakannya

Sidang jumaat yang berbahagia.

Hari ini dunia sudah semakin maju, dimana peluang dan ruang untuk mendapatkan hutang begitu mudah dan berluasa sekali. Bukan sekadar dibank bank, syarikat kewangan atau koperasi-koperasi, malah pinjaman begitu mudah diperolehi dimana-mana, termasuk dari agensi haram seperti Ceti dan Along bersepah mereka ini dimana mana.

Lantaran fenomina ini, ramai orang melayu yang terjebak dan terperangkap dibelenggu hutang, dan jika tidak dibendung ianya akan menjadi penyakit masyarakat yang bakal melemahkan ekonomi orang orang Islam. Sedangkan Islam melarang keras umatnya terjebak di dalam kancah hutang, Rasulullah berpesan “ Jauhilah dari hutang, kerana hutang itu menyempitkan kehidupan mu, tidak memerdekakan kehidupan sesaorang. Tidur seorang yang berhutang sukar melelap mata sedangkan disiang hari dihantui ketakutan, tidak bebas kemana mana kerana takut berjumpa dengan sipeminjam.yang kaya raya.

Hadirin muslimin yang dirahmati.

Satu lagi fenomina baru yang melanda umat Islam hari ini ialah hutang yang sengaja ditempah iaitu mempunyai banyak Kad Kredit. Terjemahannya kad kredit ialah Kad Hutang, Dimana mana sekarang pihak bank melobi dan berlumba lumba mencari pelanggan supaya memilih perkhidmatan Kad Kredit mereka. Dimana satu jumlah wang akan diluluskan kepada peminjam dan peminjam boleh menggunakan wang tersebut pada bila bila masa. Tujuan asalnya memang baik terutama dari segi keselamatan, kerana sesiapa yang ada kad kredit tidak perlu lagi membawa wang tunai yang banyak kesana kemari, malah boleh digunakan ketika kecemasan, Tetapi orang kita rupanya tidak pandai menggunakan kad kredit, kita rakus berbelanja kerana anggapan kita bahawa wang pada kad kredit itu adalah wang kita, sedangkan hakikatnya wang tersebut adalah hutang yang direka, dan bukannya wang kita. Akhirnya berbelanja tidak mengikut piawan yang mengakibatkan menjerat tengkok sendiri, dimana pada setiap bulan terpaksa membayar balik pinjaman serta interest yang dikenakan. Yang akhirnya mengundang hidup ini menjadi musnah dan derita, kerana setiap bulan terpaksa membayar hutang yang direka. Yang dulunya tiada, tetapi kerana mengikut citarasa dunia moden, mengakibatkan diri dan keluarga menanggung sengsara. Mana tidaknya, saban malam mata sentiasa terbuka, resah dan gelisah kerana mengenangkan hutang disekeliling pinggang, otak berfikir sampai bila aku harus begini. Peribadatan tidak tentu hala malah pergaulan dengan rakan dan taulan tidak lagi ceria. Orang lain nyenyak tidur berdengkur hingga kepagi, kita tidur dalam keresahan, lengan tangan masih didahi, dahi berkerut kerut mengenangkan hutang yang ditanggungi. Baru teringat hidup tidak berkat kerana terlibat dengan riba lagi. Terjebak dengan dosa lagi, diwaktu orang lain pergi berjemaah subuh dimasjid, kita baru hendak tidur, dan tidak sedarkan diri kerana tidur nyenyak sekali. Tuan tuan sekalian, Mengapa menyiksa hidup begini. Hidup bukannya 2 kali tetapi hanya sekali. Oleh itu jangan menjadikan hobi suka berhutang, kerana ianya menyempitkan kehidupan dan mengundang hidup yang malang.

Tuan tuan yang dihormati.

Satu lagi kesilapan hutang yang paling besar yang tidak kita indah dan ambil peduli langsung ialah peningalan hutang hutang lapuk yang tidak kita langsaikan. Baik kepada ibubapa atau bapa mertua, terhadap kawan dan taulan, kepada taukeh kedai runcit atau pun hutang penggunaan perkhidmatan kepada swasta dan agensi kerajaan. Jika tuan tuan masih ingat dan mempunyai hutang yang masih belum dibayar walaupun bernilai RM1.00, maka ianya adalah wajib dibayar. Kerana itu kita melihat masyarakat melayu apabila berlaku kematian sesaorang, dan sebelum jenazah diusung kekuburan, maka akan bangun sesaorang dan memberi peringatan kepada hadirin. “ Tuan puan sekalian. Jenazah saudara kita ini, akan diusung ke kuburan, oleh itu jika jenazah ini mempunyai hutang piutang yang kami tidak ketahui maka tuntutilah hutang tersebut kepada waris warisnya, kerana sepertimana keterangan hadis riwayat Ahmad dan Tarmizi yang berbunyi :

“Roh orang mukmin yang mati itu, akan tergantung tidak kemana, sehingga dibayar hutangnya diatas dunia ini”. dan keterangan sebuah hadis riwayat Muslim yang berbunyi:

“ Akan diampunkan Allah seluruh dosa orang yang mati syahid itu, kecuali hutangnya “

Tuan tuan sekalian.

Oleh itu marilah kita selidiki hutang lapuk kita. Kerana ada diantara kita yang pernah berhutang dengan peniaga kedai runcit atau individu yang beragama lain, maka fatwa mereka hutang tersebut tidak perlu dibayar kerana mereka itu kaum kafir. Mana mazhab yang berfatwa begitu dan mana dalil dan nas yang menghalalkan hutang tersebut. Walaupun ianya orang kafir, soal hutang tetap hutang dan ianya adalah wajib dijelaskan.

Kita juga kurang sedar, ada satu lagi ketegori hutang yang menyebabkan kita tidak boleh kesyurga Allah. Iaitu berhutang dengan agensi kerajaan seperti Tenaga Nasional, Jabatan Air, Telekom Malaysia, Bank Bank dan Insitusi Kewangan, Hospital dsb, yang pernah mengemukakan hutang hutang lapuk atau tertunggak yang masih belum dijelaskan oleh kita semua. Perkhidmatannya kita pakai tetapi bilnya tidak kita jelaskan, maka tuntutan dari agensi kerajaan seperti ini adalah dikira HUTANG LAPUK YANG WAJIB DIBAYAR. Berdosa jika kita tidak melangsaikan hutang tesebut. lebih lebih lagi jika yang berhutang itu telah meninggal dunia maka wajiblah waris yang masih hidup, membayar hutang tersebut. Diperingatkan juga kepada orang yang telah bersara wajib atau mengambil skim VSS tetapi masih mempunyai baki pinjaman computer, pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan, pinjaman koperasi atau pinjaman dari bank bank, maka perlulah disegerakan menjelaskan hutang tersebut. Kita semua nak berdalih apa dengan Allah nanti diakhirat kelak. Apakah itu bukan hutang yang telah kita tinggalkan.

Oleh itu setiap kita disini perlu merasa insaf dan bersyukur jika mana mana ada agensi kerajaan atau swasta yang memberitahu kita bahawa kita mempunyai tunggakan hutang perkhidmatan dengan agensi mereka. Pengurusan kredit mereka patut kita sanjungi kerana dengan pemberitahuan ikhlas dari mereka maka kita boleh menjelaskan hutang tersebut dan membuatkan kita tidak lagi menanggung dosa, dan seandai kita meninggal dunia maka roh kita tidak berterbangan kesana kemari dan tidak ditempelak oleh anak anak sendiri kerana meninggalkan hutang bil bil tergunggak yang yang perlu mereka jelaskan.

Oleh itu para jemaah yang saya kasihi sekalian, ambillah peringatan ini sebagai peringatan yang bersunguh-sungguh, dan jangan mempermainkan masalah hutang piutang yang telah kita lakukan. Ingatlah tuan tuan sekalian, roh kita nanti tidak akan kemana mana, tidak keatas dan tidak kebawah, sehingga hutang hutang tersebut dijelaskan. Maka barulah roh kita bersemadi aman. Maka sebelum kita meninggal pergi dunia ini, cari dan selidiklah dengan terperinci mana mana hutang yang belum dijelaskan, Lunaskan segera. Carilah orang yang kita hutangi itu diceruk atau dirantau mana sekali pun, bayar dan mintailah keampunan jika kita melakukan kesalahan dosa kepada mereka. Biar kita mati, mati didalam keadaan sepertimana ketika kita dilahirkan dahulu. Suci bersih dan tanpa berdosa sedikit pun.

Khutbah ke 2

Sekali lagi mimbar memperingatkan supaya mempertingkatkan ketaqwaan itu dijadikan sebagai agenda utama didalam setiap diri, semuga dengan ketaqwaan dengan amalan yang iklas akan menjadikan kita sebagai insane yang cemerlang didunia dan akhirat.

Sidang jumaat yang dirahmati.

Ramai diantara kita yang tidak mengambil berat tentang kesan hutang kepada kehidupan seharian kita. Kerana hutang ada diantara kita yang pernah bersahabat baik kini berpatah arang, Kerana hutang ada diantara adik beradik yang tidak bertegur sapa hingga kemati. Kerana hutang ada peniaga yang terpaksa menggulung tikar. Dan kerana hutang juga hidup sesaorang akan merana.

Satu fenomina berisiko tinggi hari ini, ialah menjadi penjamin kepada peminjam. Tidak ditandatangani ianya kawan, tetapi setelah ditandatangi ianya akan mengundang kecelakaan. Kes ini dianggap membunuh kawan sendiri ini berlaku dimana mana. Dipejabat kerajaan atau pejabat swasta. Peranan penjamin merupakan sebahagian syarat meluluskan pinjaman sesaorang. Tetapi apa yang berlaku hari ini, dimana setelah pinjaman kewangan diluluskan, maka ada diantara peminjam tadi yang berhenti kerja, diberhentikan atau mendapat tawaran kerja ditempat lain. Ini menyebabkan agensi kewangan atau koperasi koperasi gagal mencari sipeminjam dan terpaksa mengarahkan penjamin penjamin membayar segala hutang yang dijamin tadi. Sedangkan sipeminjam sudah tidak nampak batang hidung lagi. Pernah berjumpa sekali sekali, dan mereka berjanji akan melangsaikan semua sekali, Bohong dan penipu sekali, yang akhirnya sipeminjam tidak dapat dikesan lagi, pergi kerumah pintu pagar berkunci dengan mangga yang digari, jiran kata dah balik negeri. .Kerja hina seumpama ini adalah perubatan dzalim terhadap kawan sendiri. Kenapa ada antara kita yang sanggup melakukan penginayaan kepada rakan sendiri. Kita bersenang lenang dengan wang yang dipinjami, sedangkan kawan sendiri kurus kering membayar hutang yang dijamini. Perbuatan seumpama ini adalah kejam dan tunggu sahaja diakhirat nanti atas perbuatan dzalim yang dilakui.


sumber www.bakit.com.my

HUTANG,HUTANG DAN HUTANG

Perihal Hutang

Antara hal yang perlu diketahui oleh setiap Muslim ialah agama Islam menyuruh umatnya supaya berlaku sederhana dalam semua tindak - tanduk kehidupan seharian mereka.

Dengan kesederhanaan ini kita akan sentiasa merasa cukup dan berpada dengan yang ada. Suasana ini akan dapat menghindarkan diri kita daripada berhutang. Rasulullah s.a.w tidak suka umatnya membiasakan berhutang. Dalam pandangan Islam hutang adalah merupakan kesusahan di malam hari dan suatu penghinaan di siang hari. Justeru itu Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam selalu berdoa kepada Allah s.w.t supaya terhindar dari berhutang.

Doa baginda yang bermaksud : ”Ya Tuhanku, aku berlindung diri kepadamu dari bebanan hutang dan dari dikuasai orang lain”.

Agama Islam menitikberatkan masalah hutang dan nilai melunaskan pembayarannya. Walaubagaimanapun, Islam masih memberikan ruang dan kelonggaran untuk berhutang khususnya dalam keadaan darurat dan sangat-sangat memerlukannya, iaitu dalam masalah kebaikan tetapi perlu diingat bahawa walaupun Islam memberi kelonggaran itu, setiap hutang itu wajiblah dijelaskan dan dibayar.

Kewajipan membayar hutang itu tidak akan terlepas sekalipun dengan melaksanakan ibadat-ibadat yang besar pahalanya. Oleh sebab itu Islam mengenakan syarat-syarat tertentu terhadap hutang - piutang sehingga orang yang berhutang tidak boleh lari daripada membayarnya.

Hutang perlu dijelaskan dengan segera. Janganlah dilalaikan pembayarannya dan menyebabkan tertangguh begitu lama sekali dan langsung tidak dijelaskan sehingga menyusahkan orang yang memberi hutang.

Akibat menanggung hutang itu, selain daripada dipertanggungjawabkan membayarnya, bahkan ada bahaya yang lebih besar yang akan menimpa kepada diri si penghutang jika tidak melunaskannya.

Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam At-Tarmizi dan Imam Ahmad dan Imam Ibni Hibban yang bermaksud :
”Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dijelaskan”.

Dan dalam hadith yang lain daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah yang maksudnya : “Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambil ganti daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham”.

Berdasarkan hakikat ini, Islam menasihatkan setiap Muslim agar menghindarkan diri daripada berhutang kecuali kerana sangat memerlukan. Kalau pun terpaksa berhutang, maka dia hendaklah berniat dan berazam untuk membayar hutang berkenaan.

Rasulullah s.a.w ada menjelaskan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksudnya : “Sesiapa mengambil harta orang lain (berhutang) dan berniat akan membayarnya, maka Allah akan luluskan niatnya itu. Tetapi sesiapa mengambil dengan niat akan membinasakannya dengan tidak membayarnya maka Allah akan membinasakan dia”.

Oleh itu hindarkanlah diri kita tergolong dari orang-orang yang berhutang dan melengah-lengahkan pembayaran hutang. Semoga dengan adanya kesedaran dan kejujuran kita dalam hal ini akan mendapat keredhaan Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Mukminun, ayat 8 :-

Tafsirnya : Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah yang dipikul dan janjinya” .

Hak-hak yang berkaitan dengan peninggalan

Menyelesaikan hutang adalah antara perkara yang berkaitan dengan pengurusan harta pusaka si mati, selain daripada :

a] Biaya pengurusan jenazahnya. Pengurusan jenazah itu maksudnya mengerjakan segala yang diperlukannya mulai saat kematiannya sampai penguburannya. Bahkan apa-apa yang diperlukannya sampai dia dimasukkan ke liang lahad. Biaya yang diperlukan untuk pengurusan jenazah tidak sama kerana ada yang kaya dan yang miskin, ada lelaki dan ada wanita.

b] Menunaikan wasiatnya. Bererti hartanya diambil untuk menunaikan wasiatnya.

c] Dan akhir sekali, membahagi harta yang tinggal. Setelah dikeluarkan setelah pengurusan jenazah, membayar hutang dan menunaikan wasiatnya, baki dari harta si mati dibahagikan kepada ahli waris yang berhak dengan ketentuan al-Quran, sunnah dan ijmak ulama. Dalam pembahasan selanjutnya akan diterangkan bahagian masing-masing.

Membayar hutang simati bermaksud : hutang kepada sesama hamba dan hutang kepada Allah. Hutang sesama manusia, ertinya ada pihak yang akan menuntut. Harta yang masih diperlukan si mati (termasuk hutang), tidak dibagi-bagi kepada ahli waris. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Diri seseorang mukmin itu masih bergantung kepada hutangnya sampai hutang itu dibayar”.

Hutang kepada Allah s.w.t, mesti dibayar dengan harta peninggalan si mati. Hutang kepada Allah yang mungkin belum dibayar misalnya zakat, kaffarah dan nazar. Menurut jumhur ulama, wajib dibayar dengan harta peninggalannya sebelum ia dibahagi-bahagi kepada ahli waris.

  • Pendapat Jumhur Ulama :

    • Hutang seperti ini wajib dibayar seperti hutang kepada sesama manusia. Membayarnya tidak memerlukan niat kerana bukan ibadat semata, tetapi hak-hak yang berkaitan dengan harta. Biaya untuk membayarnya diambil dari peninggalan si mati.

    • Bahkan menurut mazhab Syafie didahulukan membayar hutang ini daripada hutang sesama manusia. Menurut mazhab Maliki didahulukan membayar hutang kepada manusia.

Dalil mengenai hutang

Dalil al-Quran :

  • Surah an-Nisa’ ayat 11-12 yang bermaksud :

    • “pembahagian-pembahagian tersebut sesudah dipenuhi wasiat yang ia buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya”.

    • “sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya”.

    • “sudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu”.

    • “sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudharat (kepada ahli waris).

Dalil Hadis :

  • Hadis Abu Hurairah r.a : “Sesungguhnya pernah ada jenazah seorang lelaki yang mempunyai hutang dihadapkan kepada Rasulullah s.a.w, maka baginda bertanya: Apakah dia ada meninggalkan sesuatu untuk membayar hutangnya? Sekiranya baginda diberitahu bahawa orang tersebut ada meninggalkan sesuatu untuk membayar hutangnya, maka baginda akan mendirikan sembahyang ke atas jenazahnya sekiranya dia tidak meninggalkan sesuatu baginda bersabda: Sembahyangkanlah ke atas temanmu itu. Setelah Allah memberikan kemudahan kepada baginda dalam menaklukkan negeri, baginda bersabda: Aku lebih berhak terhadap orang-orang mukmin dari pada diri mereka sendiri. Oleh itu sesiapa yang mati meninggalkan hutang maka akulah yang akan membayarnya dan sesiapa yang mati meninggalkan harta, maka harta itu untuk ahli warisnya”.

  • Hadis Abu Hurairah r.a katanya : “ Ada seorang lelaki yang mempunyai hak pada Rasulullah s.a.w bercakap kasar dengan baginda, sehingga para sahabat Nabi s.a.w merasa susah hati. Maka Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya pemilik hak itu boleh berkata apa saja. Baginda bersabda: Belikanlah seekor unta lalu berikanlah kepadanya. Lalu mereka berkata: Kami tidak mendapatkan apa-apa kecuali unta yang lebih baik dari pada untanya. Baginda bersabda lagi: Belilah dan berikanlah kepadanya kerana sesungguhnya orang yang paling baik di antara kamu atau orang yang terbaik di antara kamu adalah orang yang paling baik ketika membayar hutang

  • Hadis Aisyah r.a isteri Nabi s.a.w :“Nabi s.a.w sering berdoa ketika sembahyangnya dengan berkata : Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon perlindungan kepada-Mu daripada seksa kubur dan aku memohon perlindungan kepada-Mu daripada fitnah Dajal. Aku juga memohon perlindungan kepada-Mu daripada fitnah semasa hidup dan selepas mati. Ya Allah! Aku memohon perlindungan kepada-Mu dari segala dosa dan hutang. Aisyah berkata lagi: Seseorang telah berkata kepada Rasulullah s.a.w: Alangkah banyaknya kamu memohon perlindungan dari beban hutang wahai Rasulullah! Lalu Rasulullah bersabda: Sesungguhnya seseorang yang sudah terkena beban hutang, apabila dia berkata-kata dia akan berdusta dan apabila berjanji dia akan mengingkari”

Menurut zahir surah an-Nisa’ ayat ke 11 itu seolah-olah wasiat didahulukan daripada hutang. Namun sebaliknya, hutang didahulukan daripada wasiat. Pertama sekali hendaklah dibayar semua hutang si mati, kemudian ditunaikan wasiatnya. Inilah yang pernah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.

Ali bin Abi Talib berkata : “Mungkin kamu memahami ayat itu dengan mendahulukan wasiat daripada hutang, tetapi Rasulullah mendahulukan hutang daripada wasiat”.

Adapun hikmah mendahulukan sebutan wasiat dalam ayat, kerana hutang tetap menjadi hak orang yang berpiutang sebelum dan sesudah wafatnya orang yang berhutang. Apabila orang yang berhutang meninggal dunia, orang yang punya piutang mungkin menuntut kepada ahli warisnya. Maknanya hutang akan dibayar juga.

Berlainan dengan wasiat si mati yang mungkin tidak ada pihak lain yang menuntut, maka didahulukan sebutannya dalam ayat supaya diingat dan menjadi perhatian.

Berdasarkan nas-nas tersebut, Allah s.w.t mengatur dan manusia menentukan bahagian setiap ahli waris. Walaupun manusia ingin membuat pembahagian yang adil, mereka tidak sanggup melakukannya. Manusia tidak sanggup membuat pembahagian yang adil seperti yang ditetapkan Allah kerana mereka tidak tahu mana yang lebih mendatangkan manfaat di antara ahli-ahli waris.


sumber www.arb.com.my

Berhutang jangan, memberi hutang pun jangan

ADA wang abang sayang, tak ada wang abang pun melayang! Itulah kata-kata yang sering kedengaran apabila dikaitkan dengan kehidupan wanita 'si pisau cukur' yang gemar mengikis harta dan wang ringgit lelaki berada.

Bukan senang hendak senang, begitulah ibaratnya hidup. Terperangkap di dalam masalah hutang dan tidak dapat keluar daripada cengkamannya merupakan bencana yang amat besar dalam hidup seseorang.

"Berhutang jangan, memberi hutang pun jangan," itu pesanan Shakespeare.

Tetapi dalam beberapa perkara dan hal kita perlu berhutang. Tidak dapat dielakkan terutama ketika dihimpit kesusahan.

Tentu anda tertanya-tanya kenapa saya mengaitkan isu hutang pada minggu ini. Sebabnya sebahagian dari kita perlu berhutang untuk terus hidup. Tidak kira apa jenis hutang sekalipun. Tapi awas, jangan terperangkap dalam hutang sebagai penjamin. Akibatnya anda tidak akan lena tidur.

Apa kata kita ikuti kisah yang dikirimkan oleh seorang lelaki yang menamakan dirinya Karim (bukan nama sebenar) kepada saya untuk berkongsi pengalamannya menjadi penjamin kepada seorang kenalan. Begini kisah Karim.

"Saya telah menjamin seorang rakan yang saya namakan Ali (bukan nama sebenar)yang memang dalam kesusahan. Di peringkat memujuk, memang janjinya amat manis. Dia berjanji akan melangsaikan semua hutang-hutang tersebut mengikut perjanjian dengan pihak bank dalam tempoh yang ditetapkan.

"Saya amat terharu apabila Ali sanggup bersumpah di hadapan saya untuk mengotakan janjinya itu sebaik dia menerima cek pinjaman tersebut.

"Malangnya apa yang dia kata tidak dikotanya. Dia hilang entah ke mana setelah enam bulan pinjaman diperoleh.

"Masuk bulan ke tujuh saya mula menerima panggilan daripada bank menyatakan Ali tidak membayar ansuran seperti yang ditetapkan.

"Saya mula susah hati. Saya mencarinya di mana-mana tetapi tidak dapat dikesan. Di tempat kerja lamanya dia dimaklumkan sudah berhenti kerja. Ke alamat rumahnya diberitahu oleh jiran dia sudah berpindah.

"Dalam tempoh itu keadaan saya kecoh seketika. Fikiran terganggu, mana tidaknya jika dia tidak terus membayar ansurannya saya terpaksa mengorbankan wang saya sebanyak RM680 sebulan untuk membayarnya.

"Bulan berganti tahun hutangnya juga tidak dilangsaikan. Puas saya berusaha dan akhirnya dengan bantuan beberapa orang rakan yang bersimpati saya telah dimaklumkan ada seorang kenalan akrab Ali yang tahu di mana dia berada.

"Saya pun bertemu dengan empunya diri, tetapi saya kecewa kerana dia enggan membantu saya. Alasannya dia tidak mahu campur urusan Ali.

"Saya amat kecewa kerana lelaki itu sanggup bersubahat dengan Ali. Hari ini mungkin anda terlepas, tapi di akhirat habuan pasti menunggu.

"Amat memalukan sekali, lelaki yang cukup sifat dan berpendidikan seperti Ali tidak boleh berfikir secara waras, sedangkan orang luar yang datang mencari rezeki di tempat kita hidup mewah dengan pendapatan yang halal.

"Setelah dua tahun dikejar bank dan letih mendapat surat amaran akhirnya saya bertindak membayar hutang tersebut kerana tidak tahan diganggu. Mana lagi isteri asyik membebel setiap kali surat amaran sampai ke rumah.

"Mujur berkat kesabaran saya telah selamat melangsaikan hutang tersebut dalam tempoh yang singkat. Dalam hati saya berdoa agar satu hari Ali akan sedar akan perbuatannya menganiaya saya.

"Doa saya telah didengar oleh Allah SWT tapi dalam bentuk yang di luar kehendak saya. Khabar daripada seorang kenalan yang saya terima mengatakan Ali telah meninggal dunia kerana sakit kanser hati. Dia menderita sakit itu hampir enam bulan.

"Innalillah…saya terkedu seketika. Jika inilah ujian-Mu kepadaku, aku reda. Saya pasrah dengan apa yang berlaku dan bersimpati dengan nasib Ali. Saya juga mengampunkan segala dosa Ali dan menghalalkan hutangnya.

"Saya juga turut kesal kerana sehingga ke saat akhir, saya tidak dapat berjumpa dengan Ali. Tapi saya sudah melupakan semua yang berlaku itu.

"Saya tidak ada prasangka buruk terhadap Ali dan menyifatkan apa yang berlaku sebagai takdir dan secara kebetulan. Saya amat insaf akan kejadian ini. Saya harap kisah saya ini menjadi teladan kepada orang lain yang berhutang supaya mengambil tanggungjawab untuk melangsaikan hutang mereka.

"Bersimpatilah dengan rakan-rakan yang sanggup mengorbankan kepentingan lain untuk membantu anda. Fikirkan juga masa depan kawan-kawan yang juga mempunyai tanggungjawab dan keluarga.

"Jika ingin berhutang, fikir dulu risikonya, jangan sembarangan berhutang kerana mengikut nafsu.

"Sebaliknya, insya-Allah Impian dapat dicapai apabila kita ikhlas dalam semua urusan dunia dan akhirat," demikian Karim menutup ceritanya.

Ukurlah baju di badan sendiri, itulah pepatah yang saya rasa sesuai untuk dijadikan panduan sebelum kita melakukan sesuatu.

Sematkan azam untuk melangsaikan hutang sekiranya ada tanpa menyusahkan orang yang pernah membantu kita ketika dalam kesusahan.

Seperti anda, juga seorang insan yang begitu kerdil bukan sahaja di hadapan Allah, juga di dalam kumpulan sesama manusia.

Tapi saya menyeru diri saya dan anda juga supaya yakin dengan izin-Nya untuk memperoleh sesuatu yang lebih baik dalam meniti kehidupan yang berliku pada hari muka.

Pesanan saya, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senanglah kemudian.

Salam


sumber www.utusan.com.my

REPOT POLIS



Repot polis ini saya buat pada jam 1518pm 04.05.2010

Monday, May 3, 2010

Pelaburan cepat ‘kayap'


PELBAGAI kisah penipuan yang berpaksikan wang kerap dilaporkan di dada akhbar sejak kebelakangan ini hingga ada kerugian jutaan ringgit dan jatuh muflis.
Jika sebelum ini kita didedahkan taktik penipuan skim piramid, pelaburan wang asing dan skim pelaburan internet, kini timbul satu lagi penipuan yang cukup licik serta membimbangkan membabitkan pelaburan perniagaan berkonsepkan pertanian antaranya penternakan ikan keli, lintah, kambing dan cacing. Keluhan 3,000 mangsa skim pelaburan penternakan cacing membabitkan pelabur dari Pulau Pinang, Kedah dan utara Perak yang kerugian RM25 juta, baru-baru ini, membuka satu lagi episod baru betapa mudahnya masyarakat kita terpedaya sehinggakan wang pencen, wang simpanan, wang pinjaman dan mungkin wang ‘along’ turut hangus. Taktik syarikat terbabit melesapkan wang pelabur cukup mudah apabila hanya menyebarkan risalah penternakan cacing dan penghasilan baja vermikompos organik dengan usaha sama koperasi yang menguntungkan bagi menarik minat pelabur.


Antara mangsanya, dua pesara yang mendakwa melabur RM150,000 hasil simpanan serta gratuiti mereka sejak September tahun lalu sedangkan keuntungan dijanjikan hanya tinggal janji.


Ketua Eksekutif Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), Muhammad Sha’ani Abdullah, melihat perkembangan ini sebagai penipuan terancang dan perlunya penguatkuasaan undang-undang untuk mengajar si penipu.


Katanya, sepanjang 2009, pihaknya menerima lebih 300 aduan berkaitan pelaburan antaranya membabitkan penternakan kambing, lintah, ikan keli dan mesin air. Beliau berkata, berdasarkan pemerhatian dilakukan, syarikat terbabit cukup licik menipu pelabur termasuk membawa mangsanya menyertai seminar di hotel mewah sebagai gimik mengaburi mata mereka selain berselindung di sebalik label agensi kerajaan yang didakwa rakan strategik bagi memudahkan pinjaman serta latihan perniagaan diuruskan. “Pelabur atau individu yang bijak perlu meneliti sebarang tawaran serta pelawaan berkaitan dengan apa-apa juga pelaburan, jangan terus buat keputusan terutamanya dengan helah yang digunakan untuk menipu orang ramai. “Kebanyakan syarikat pelaburan ini cuba mengaut keuntungan atas angin dengan tidak memberikan maklumat bercetak bagi memudahkan mereka memerangkap pelabur yang terpengaruh,” katanya. Beliau berkata, 60 peratus daripada mangsa membuat laporan berhubung kes penipuan membabitkan pelaburan seperti itu membabitkan orang Melayu yang baru belajar berniaga.


Berdasarkan 32,000 aduan yang diterima NCCC sepanjang tahun lalu, penipuan membabitkan pelaburan perniagaan tersenarai dalam 10 kategori tertinggi daripada 26 kategori aduan.


Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Ishak Abd Rahman menasihatkan orang ramai supaya menyiasat latar belakang sesuatu syarikat pelaburan sebelum membuat keputusan. “Saya berpendapat kebanyakan mangsa ini sebenarnya tidak memahami konsep perniagaan dan hanya melihat kepada keuntungan semata-mata, mereka membuat pelaburan tanpa melakukan siasatan latar belakang syarikat atau merujuk rakan niaga untuk mengetahui ia berjaya atau tidak. “Tiada untung segera dalam perniagaan kerana ia memerlukan pengurusan yang betul serta produk sesuai dengan kehendak pasaran. “Adalah malang jika kita terus melabur tanpa menyelidik latar belakang perniagaan kerana ia penting untuk meminimumkan risiko ditipu atau rugi,” katanya. Pengarah Kanan Penguatkuasaan SSM, Muhammed Redzuan Abdullah, berkata penganjuran skim pelaburan perniagaan dikawal selia Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi memastikan skim dianjurkan tidak berunsurkan penipuan dan merugikan pelabur melalui peraturan ditetapkan.


Menurutnya, penjualan plot tanah dalam skim kongsi tani antara jenis skim terbaru yang didaftarkan di SSM dan paling popular di negara ini pada masa ini. “Perkembangan skim perniagaan berkonsepkan pelaburan bersama turut didorong usaha kerajaan menyeru semua usahawan tempatan berfikiran kreatif dalam mempelbagaikan bidang perniagaan dan usaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mempromosi perniagaan berkaitan asas tani yang mempunyai potensi untuk dikomersilkan,” katanya. Beliau berkata, sepanjang 2009, sebanyak 91 kes dipantau SSM selepas mendapat maklumat menerusi agensi dan aduan orang ramai. Antara perniagaan yang diadukan membabitkan pelaburan dalam penanaman serai, plot kelapa sawit, herba, cendawan tiram, vanilla, rumpai laut, herba dan cili. Selain itu, terdapat juga aduan berkaitan dengan pelaburan dalam bidang penternakan cacing, lembu import, ikan keli, ikan arowana, burung layang-layang, itik, lintah, ketam dan lintah. Dalam kebanyakan kes yang diadukan kepada SSM, modus operandi skim terbabit adalah seperti berikut: q Secara amnya, jenis perniagaan ditawarkan membabitkan produk pertanian popular dan banyak mendapat liputan media. q Kebiasaannya iklan mengenai skim ditawarkan adalah melalui media, laman web, brosur, tampalan notis di tempat awam, panggilan telefon dan secara lisan melalui peserta yang menyertai skim berkenaan. q Taklimat mengenai skim ditawarkan akan dibuat sama ada di pejabat yang didakwa pejabat operasi skim berkenaan atau di mana-mana tempat lain ditentukan penganjur seperti di hotel. q Untuk meyakinkan orang ramai untuk melabur, mereka diarahkan menandatangani dokumen atau kontrak sebagai dokumen ikatan antara penganjur dan peserta. q Terdapat kes yang dirujuk ke SSM mendapati pelabur juga dimaklumkan lokasi perniagaan dan dibawa melawat ke tapak projek yang didakwa akan dibangunkan oleh penganjur. q Kebiasaannya, pelabur akan menerima pulangan daripada pelaburan yang dibuat dalam tempoh tiga hingga enam bulan sebelum penganjur menghilangkan diri. Sehubungan itu, orang ramai diminta memastikan latar belakang dan identiti individu atau syarikat yang mendakwa sebagai penganjur skim pelaburan atau ejen yang dilantik untuk mengutip wang pelaburan melalui agensi penguatkuasaan negara. Mereka juga dinasihatkan membuat semakan terhadap jenis skim pelaburan perniagaan dan syarikat yang terbabit di SSM sebelum membuat pelaburan dalam skim berkenaan. Jika pelabur ditipu penganjur skim pelaburan perniagaan sama ada skim berkenaan didaftarkan di SSM atau tidak, mereka bolehlah membuat aduan dengan mengemukakan fakta dan dokumen sokongan berkaitan skim berkenaan bagi memudahkan proses mengenalpasti jenis kesalahan. Terdapat dua kaedah perundangan boleh diambil sekiranya peserta ditipu penganjur iaitu melalui tindakan perundangan bagi kesalahan jenayah atau tindakan perundangan secara sivil oleh pelabur. Sekiranya di bawah bidang kuasa SSM, antara tindakan boleh diambil ialah mendakwa individu terbabit ke mahkamah di bawah Akta Syarikat 1965 dan boleh dihukum penjara atau denda atau kedua-duanya sekali sekiranya disabitkan kesalahan. Bagi kesalahan membabitkan skim didaftarkan, mereka yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan boleh dihukum penjara 10 tahun atau denda RM 250,000 atau kedua-duanya sekali. Orang ramai juga boleh menghubungi Seksyen Skim Kepentingan SSM untuk mendapatkan penjelasan lanjut serta semakan ke atas skim pelaburan bersama yang didaftarkan di SSM.

sumber harian metro.

Pemandu teksi jutawan penipu

SUBANG JAYA: Pemandu teksi jutawan. Itulah gelaran bagi seorang pemandu teksi berusia lewat 40-an yang memperdaya ratusan mangsa kononnya menjadi ejen menjual rumah kos sederhana, sejak lebih lapan tahun lalu.
Malah, pemandu teksi yang berpura-pura individu berperwatakan baik dan hidup serba kekurangan itu menikmati kemewahan hasil penipuannya itu kerana dia dikatakan ‘kebal’ daripada mangsanya.


Difahamkan, lelaki itu mendapat ‘kekebalan’ berkenaan selepas membuat beberapa laporan polis mendakwa dirinya diburu along, selain sering dibelasah kumpulan berkenaan.


Difahamkan, lelaki terbabit pernah bekerja di syarikat pemaju hartanah di Puchong dan menjadikan pejabat syarikat berkenaan sebagai tempat urusan jual beli rumah, selain menyediakan syarikat guaman berdaftar.


Malah, kebanyakan mangsa mendakwa terpedaya berikutan urusan jual beli dan dokumentasi yang dibuat begitu meyakinkan mereka.


Mendedahkan perkara itu, wakil lebih 55 mangsa, Datuk Samson Maman, berkata lelaki terbabit menjadi ‘jutawan segera’ hasil penipuan licik dilakukannya.


“Lelaki ini individu cukup licik kerana menjadikan galeri pameran syarikat hartanah di Puchong sebagai tempat berurusniaga dengan pelanggannya.


“Selalunya, waktu urusan dilakukan ketika waktu rehat ketika kebanyakan pekerja lain meninggalkan pejabat makan tengah hari.


“Bagi meyakinkan mangsa, dia membawa mereka ke syarikat guaman sebelum melakukan urusan dokumentasi selepas menerima deposit antara RM1,000 hingga RM20,000,” katanya.

Menurut Samson, dia cukup hairan bagaimana sebuah syarikat guaman berdaftar gagal memberitahu mangsa bahawa suspek seorang penipu melainkan mereka turut terbabit sama dalam urusan berkenaan.


“Mana tidaknya, selepas membuat pembayaran deposit, pihak guaman mengenakan caj RM550 untuk tujuan dokumentasi,” katanya.


Samson berkata, selepas mangsa berang kerana tidak mendapat rumah dijanjikan, selain terpaksa menunggu terlalu lama, mereka membuat pemeriksaan dengan pihak pemaju sebelum mendapati kediaman terbabit dijual kepada individu lain.


“Hasil semakan mendapati satu lot rumah dijual bukan kepada seorang individu sebaliknya dua atau tiga mangsa.

“Bila kita (mangsa) mempertikaikan perkara berkenaan, pihak pemaju mendakwa ejen yang juga pemandu teksi itu bekas pekerjanya, selain dibuang kerja atas pelbagai kes penipuan.


“Jika dia sudah dibuang, bagaimana pemandu teksi itu boleh melakukan urusan di dalam galeri pameran itu secara bebas...inilah persoalan yang timbul,” katanya.


Difahamkan, dalam kes terbaru awal tahun lalu, empat lagi mangsa diperbodohkan lelaki terbabit menggunakan modus operandi sama.


Samson berkata, sehingga kini sudah lebih 50 laporan polis dibuat mangsa di Balai Polis Puchong berhubung kegiatan haram berkenaan namun lelaki durjana itu masih bebas dan menikmati kekayaan hasil penipuannya.


“Kebanyakan mangsa tidak dapat berurusan dengan suspek kerana bimbang dituduh along kerana lelaki itu membuat laporan polis mendakwa dirinya sering diganggu kumpulan berkenaan selain dipukul mereka.


“Saya mewakili lebih 55 mangsa merayu pihak berkuasa memandang serius kejadian ini selain memastikan siasatan lebih teliti dilakukan kepada semua pihak dalam menegakkan keadilan,” katanya.

sumber harian metro

Sunday, May 2, 2010

facebook sipenipu



facebook penyangak

Jutawan keli penipu


Gambar penyangak



INI BUKTI SMS











KES MARZUKI MAT HUSSAIN



Saya ada seorang ex-kawan yang berhutang melalui koperasi tapi cabut lari dan meninggalkan hutangnya pada saya.Jadi saya terpaksa menanggung hutangnya sebanyak RM4800++.
dengan potongan gaji sebanyak RM200 X 24bulan.Pada mulanya dia membayar dengan liatnya RM200 X 5 bulan.Tapi sejak bulan oktober 2009 sehingga sekarang dia tak bayar hutangnya.Dia telah menipu duit saya.